Siapa Kami? - 5 STAR LOBSTERFARM

Title
Go to content
Tentang Kami.


Usahawan yang mengetengahkan konsep mudah, murah dan berkesan.

Haji Amru Najmi Bin Osman, FOUNDER 5Star Agro Ventures yang mengetengahkan konsep mudah, murah dan berkesan adalah antara orang yang bertanggungjawap menaikkan ‘Branding’ 5Star Lobster Air Tawar di Malaysia. Beliau yang berpengalaman di dalam bidang Video Produksi hampir 22 tahun telah berjaya memberikan nafas baru didalam pemasaran Lobster Air Tawar ini. Lobster Air Tawar yang dahulunya suam-suam kuku kini telah menjadi bualan ramai.
Founder 5star lobster
berjaya mendidik hampir lebih 1000 peserta.

5Star telah berjaya mendidik hampir 1000 orang pada tahun 2018 dan antaranya ada yang telah menjadi Agen dan Dealer 5Star. Mereka telah berjaya menjana pendapatan dan menampung keluarga dengan perniagaan LAT.

Di 5tar Agro Ventures, Haji Amru menguruskan segala perihal Pemasaran, Kursus, Kebajikan Member 5Star dan Kesemua Pengurusan di 5Star Lobster Farm yang terletak di Pontian, Bangi dan Puchong. Di Pontian (Pusat Pembiakan & Ternakan), 5Star mempunyai keluasan 5 ekar kawasan ternakan, Di Bangi (Pusat Pembiakan & Ternakan), 45 Tangki Fiber dan 100 Akuarium dan di Puchong (Pusat Jualan) mempunyai kapasiti 8 Tangki Fiber.  
Haji Amru Najmi tidak keseorangan. Beliau dibantu KUAT oleh Ayah Mertuanya, Master Kamsan Kasmoin yang berpengalaman penuh di dalam bidang pertanian. Master Kamsan berpengalaman selama hampir 30 tahun di dalam bidang pertanian. Sebut sahaja apa jenis pertanian, dari tanam Pisang, Nenas, Kelapa, Limau, Durian dan macam-macam lagi…semua dia buat. Kalau ternak, apa binatang ternakan kampong semua dia pernah buat dan usahakan. Ayam, itik, lembu, kambing, tilapia, keli….dan termasuklah Lobster Air Tawar. Selepas Haji Amru membuat sedikit penyelidikan tentang Lobster Air Tawar, dia mula berbincang dengan Master Kamsan untuk lebih serius fokus kepada ternakan ini.
01
Konsep Mudah
02
Harga Kompetitif
03
Baka Lasak
04
Cepat Bertelur
05
Komuniti Technical Besar
06
Pemasaran Berpusat
Kenapa Kami?
ini antara sebab mengapa 5 STAR LOBSTER menjadi pilihan

mengorak langkah di dalam perniagaan ternakan Lobster Air Tawar

Sehingga kini 5Star sudah hampir 2 tahun mengorak langkah di dalam perniagaan ternakan Lobster Air Tawar ini. Selama 2 Tahun, 5Star sudah mula dikenali diseluruh Malaysia. 5Star mempunyai 10 Agen dan 12 dealer di seluruh Malaysia. Kini, 5Star tidak keseorangan. Dengan GABUNGAN HARMONI kesemua 5STARian ini, kami yakin, KAMI AKAN MENJADI KESATUAN YANG TERBESAR DI MALAYSIA.
5 STAR Lobster Copyright 2019
Back to content